Tawaran Penyewaan Asrama Pekerja

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa warga kota untuk menyewa asrama pekerja millik Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan di bawah :

BIL.
KAWASAN
UNIT KOSONG
KADAR SEWA
(RM/SEBULAN)
1.
ASRAMA PEKERJA
NO.1 HINGGA 10,
TINGKAT 3 DAN 4
JALAN 1/3A, BANDAR BARU UTARA,
KM12, JALAN IPOH,
68100 KUALA LUMPUR
224 KATIL
150.00
(termasuk bayaran utiliti (air dan elektrik))

SYARAT PERMOHONAN :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lelaki berumur 18 tahun ke atas
  3. Keutamaan kepada lelaki bujang, namun yang berkahwin atau duda juga layak memohon. Walau bagaimanapun, hanya pemohon sahaja yang layak ditawarkan menyewa & tidak termasuk pasangan atau tanggungan.
  4. Bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur
  5. Tempoh sewaan adalah selama 3 tahun

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2021. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen wajib yang perlu dilampirkan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi alamat seperti di bawah :

Unit Penyewaan Tanah dan Bangunan
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 6, Bangunan TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26171065 / 1066

ms_MYMS