Tindakan Berterusan Penjaja Warga Asing Pasar Harian Selayang

Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti peniaga warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang Baru, Kuala Lumpur petang tadi.
 
Menerusi rondaan dan pemantauan harian petugas penguatkuasa di Pasar Harian Selayang, 4 tindakan sita dan pindah barangan telah dilakukan terhadap penjaja sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijalankan oleh warga negara Myanmar pemegang kad pelarian UNCHR (United Nations High Commissioner for Refugees).
 
Tindakan dilakukan menerusi kesalahan menjalankan aktiviti penjajaan tanpa kebenaran dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
Kesemua barangan yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan lanjut.
325450240_1188019355156701_8753321966524475008_n
326562403_536114778308297_1893863736548365176_n
326096892_899322708166259_1162444321362141483_n
327274617_708036564093981_2072249387396829556_n
Skip to content