Tinjau dan Rasai Sendri

Lewat malam tadi (27 Januari 2021) Datuk Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah turun ke lapangan untuk meninjau dan melihat keadaan penempatan gelandangan di Pusat Sementara Gelandangan (PSG) Setiawangsa.
 
Lawatan dan tinjauan tersebut telah diiringi bersama Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Tuan Haji Anwar bin Mohd Zain. Lawatan dan tinjauan adalah untuk memastikan penempatan yang disediakan oleh DBKL berada pada tahap yang selesa dan memuaskan untuk para gelandangan ini.
 
Beliau pada asasnya berpuashati dengan kemudahan dan suasana yang telah disediakan untuk golongan ini. Dikesempatan ini, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan mereka.
 
Kami prihatin nasib mereka.
Tinjau_dan_Rasai_Sendri1
Tinjau_dan_Rasai_Sendri2
Tinjau_dan_Rasai_Sendri3
Tinjau_dan_Rasai_Sendri4
Skip to content