Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah bergegas ke Kuala Lumpur Control and Command Centre (KLCCC) bagi melihat sendiri keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur dan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam memastikan aliran trafik di Kuala Lumpur khusunya pada malam minggu berjalan lancar.
Sebelum itu beliau bersama wakil jabatan dalaman DBKL serta pihak Alam Flora telah mengadakan sesi spot check bagi meninjau tahap kebersihan dan keindahan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.