Tutup Sebab Kotor

Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL hari ini, 26 Januari 2021 bertindak menutup sebuah premis memproses ikan dan makanan eksotik.
 
Premis yang beroperasi di Jalan 4/33B MWE, Kepong Commercial Park, KL didapati berada dalam keadaan tidak bersih dan pengendalian makanan juga tidak mengikut piawaian.
 
Pemeriksaan mendapati premis dalam keadaan kotor, lantai dan dinding keseluruhan kawasan penyediaan makanan berdaki hitam dengan sisa darah pekat yang kering.  Lantai dan dinding diperbuat daripada simen konkrit sahaja dan tidak dilapisi jubin dan dipenuhi lumut hijau.  
Semua aktiviti menyedia / menyiang / memotong ikan dijalankan diatas lantai tanpa menyediakan alas pelapik.
 
Premis juga tidak mempunyai perangkap minyak dan semua air cucian / air limbah termasuk sisa ikan /darah daripada aktiviti memotong / menyiang ikan dialirkan terus masuk ke dalam longkang awam.
 
Premis hanya meletak bakul sebagai penapis di bahagian outlet sebelum masuk ke longkang awam.  Perkakas / peralatan / mesin yang digunakan dalam penyediaan makanan tidak dijaga bersih, tidak diselenggara dengan baik dan dalam keadaan kotor berdaki.
 
Secara keseluruhannya, premis gagal mematuhi semua kehendak kesihatan yang ditetapkan sebagai premis yang menjalankan perniagaan menyedia / memproses makanan.
 
Sehubungan itu, Notis Perintah Penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kuatkuasa 27 Januari 2021 telah dikeluarkan.
 
Pemantauan terhadap premis-premis seumpama ini dilaksanakan secara berterusan oleh DBKL.
Tutup_Sebab_Kotor4
Tutup_Sebab_Kotor3
Tutup_Sebab_Kotor2
Tutup_Sebab_Kotor1
ms_MYMS