Wajar Dicontohi

Persatuan Dai Kuala Lumpur telah memilih untuk menghantar sumbangan ke Pusat Agihan Makanan kepada gelandangan di bawah seliaan DBKL.
 
Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL menerima sumbangan tersebut daripada Ustaz Azizi, Pengerusi DAI Kuala Lumpur dan Imam Masjid Kg Bharu di Pusat Pembelajaran Dalam Komuniti (PKK) Chow Kit pada petang tadi.
 
Pihak DBKL sentiasa mengalu-alukan individu, persatuan dan NGO yang ingin menyumbang agar menghantar terus ke Pusat Agihan Makanan Seliaan DBKL iaitu di Pusat Khidmat Gelandangan (PKG) Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Dalam Komuniti (PPK) Chow Kit.
 
Ini bagi mengelakkan edaran makanan secara terbuka dan tidak terkawal di kawasan awam.
 
Bersama kita menjaga Bandar kita.
Wajar_Dicontohi
Wajar_Dicontohi1
ms_MYMS