Yang Baik Dijadikan Teladan

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2021 – YBhg. Datuk Hj. Mahadi, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada saudara Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi.
 
Kunjungan daripada saudara Azlan Sani Zawawi dan Ikatan Silaturrahim Brotherhood atau ringkasnya Brotherhood pimpinan beliau adalah untuk mengucapkan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas responsif terhadap aduan mengenai kerosakan jalan di WPKL.
 
Beliau berharap agar responsif positif dan inisiatif yang dilaksanakan oleh DBKL ini dapat diikuti atau dijadikan panduan oleh lain-lain agensi atau PBT.
 
Perbincangan dua hala ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati daripada kedua-dua pihak.
kunjungan_lando_zawawi_1
kunjungan_lando_zawawi_3
kunjungan_lando_zawawi_2
kunjungan_lando_zawawi_4
ms_MYMS