Default Banner

28 Sitaan, Kompaun Ke Atas Jurufoto Warga Asing, Tempatan Dalam Ops Lens Di KLCC

Utama / Berita & Acara / 28 Sitaan, Kompaun Ke Atas Jurufoto Warga Asing, Tempatan Dalam Ops Lens Di KLCC

July 19th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan "Op Lens; Ulat Foto' sekitar kawasan tumpuan awam di Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee pada jam 9.00 malam, Sabtu, 18 Julai 2026.

Dalam operasi bersepadu tersebut tindakan penguatkuasaan ke atas kegiatan perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan di tempat awam. DBKL mengeluarkan sejumlah 19 notis kompaun terhadap individu warga negara yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat 28 sitaan keatas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit termasuk 7 daripadanya adalah melibatkan warga negara asing. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Manakala bagi pihak JPN turut membuat pemeriksaan ke atas 28 orang individu melibatkan pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan passport termasuk satu kes penahanan dokumen berkaitan pemastautin tetap (PR) menerusi Akta Pendaftaran Negara 1959.

DBKL terus komited memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan bersama dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang, menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalulintas.

Peralatan berkaitan aktiviti jurufoto yang di sita melibatkan telefon bimbit, lampu, 'gimbal' dan lain-lain dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut. Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh terus disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera.

https://adukl.dbkl.gov.my/

3. 752674523 1801030667923054 5387456454721028818 n

3. 749286696 2112100139400580 3752762522593417119 n

3. 749652089 1408536337998899 3383327435638165684 n

3. 749652099 969967859433624 8888227591595245206 n