Default Banner

85 Kompaun Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu Bersih Bersama Agensi

Utama / Berita & Acara / 85 Kompaun Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu Bersih Bersama Agensi

April 24th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan Tindakan Operasi Bersepadu Bersih Siri 2/2026 di sekitar Jalan Sungai Besi pada Rabu, 22 April 2026.

Operasi Bersepadu Bersih dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan terurus. Kebanyakan kenderaan terutamanya kenderaan yang membawa muatan berat seperti lori dan treler tidak mematuhi etika kebersihan jalan raya dan seterusnya menyebabkan pencemaran serta gangguan kepada keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi siri pemeriksaan yang telah dijalankan bersama agensi sahabat kali ini, DBKL mengeluarkan sejumlah 21 kompaun terhadap kenderaan yang telah membuat kesalahan antaranya seperti tiada permit laluan angkut bahan binaan, menyebabkan kekotoran jalan, tidak menutup kenderaan yang membawa muatan dengan sempurna, gagal menjaga kebersihan kenderaan semasa menggunakan jalan raya. Tindakan kompaun dikeluarkan menerusi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Manakala pihak PDRM telah mengeluarkan 10 kompaun, pihak JPJ mengeluarkan 43 kompaun, Jabatan Alam Sekitar dengan 6 notis dan SWcorp dengan 5 notis di atas pelbagai kesalahan termasuk kepada pemandu kenderaan semasa operasi bersih ini dilaksanakan melalui akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan agensi masing-masing.

DBKL akan meneruskan tindakan dan operasi bersepadu dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan atau maklumlabas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

1. 676218223 1520049556350395 4935986209417297987 n

1. 678782154 1520049406350410 5462819104701007966 n

1. 678794987 1520049503017067 6147973484021768406 n

2. 675628874 1520049459683738 8160430701602826905 n