Default Banner

Aksesibiliti OKU Diperkasa, Tinjauan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke Brickfields

Utama / Berita & Acara / Aksesibiliti OKU Diperkasa, Tinjauan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke Brickfields

May 31st, 2025 by Admin JPRK

Agenda memperkasa hak dan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sentiasa menjadi antara keutamaan yang diberi perhatian serius oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Komitmen ini diterjemahkan menerusi tinjauan langsung beliau terhadap pelaksanaan tindakan penambahbaikan kemudahan aksesibiliti OKU di sekitar kawasan Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini.

Sesi walkabout ini turut dihadiri oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara, YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, wakil-wakil jabatan dalaman DBKL, serta wakil pertubuhan OKU.

Antara lokasi yang dilawati ialah Jalan Tun Sambanthan 4, sebahagian Jalan Thambipillay dan Jalan Tun Sambanthan.

Selain meneliti keberfungsian dan keselamatan kemudahan sedia ada, Datuk Bandar turut menyantuni komuniti OKU setempat serta meluangkan masa mendengar sendiri aspirasi, pengalaman dan cadangan mereka berkaitan penambahbaikan infrastruktur di kawasan tersebut.

Segala dapatan sepanjang sesi ini akan dijadikan panduan kepada pelaksanaan tindakan susulan yang lebih menyeluruh dan inklusif selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang benar-benar mesra semua lapisan masyarakat.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

16/06/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO