Default Banner

Breakfast with Ambassadors: A Green, Inclusive and Culturally Vibrant City of The Future

Utama / Berita & Acara / Breakfast with Ambassadors: A Green, Inclusive and Culturally Vibrant City of The Future

April 29th, 2025 by Admin JPRK

Kuala Lumpur terus memperkukuh jalinan diplomatik dan kerjasama antarabangsa dalam usaha mentransformasikan ibu negara sebagai bandar raya masa depan yang mampan, inklusif dan berbudaya.

Pada pagi ini, Dato’ Seri TPr (Dr) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, telah menjadi tuan rumah sesi Breakfast with Ambassadors bertempat di Mayor’s Courtyard, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur. Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik bersama InvestKL dan telah dianjurkan sejak tahun 2015 sebagai platform berimpak tinggi untuk pertukaran pandangan antara kepimpinan bandar dan komuniti diplomatik.

Bertemakan “A Green, Inclusive and Culturally Vibrant City of the Future”, sesi ini menghimpunkan lebih 20 wakil negara termasuk Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi dan perwakilan Kesatuan Eropah dalam perbincangan bermakna mengenai aspirasi masa depan Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar menekankan aspirasi bandar raya ini sebagaimana digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan 15 Program Flagship DBKL, termasuk komitmen menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030, memperluaskan kawasan hijau bandar kepada 1,000 hektar menjelang 2035, serta memperkukuh infrastruktur bandar pintar dan ekonomi digital menerusi Kuala Lumpur Smart City Masterplan 2021–2025.

Beliau turut mengetengahkan peranan Warisan KL dalam memelihara identiti budaya melalui pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka, serta memperkenalkan Festival Taman KL 2025 sebagai platform meraikan kepelbagaian budaya ASEAN di bawah tema “Unity in Diversity.”

Selain itu, Kuala Lumpur bakal menjadi tuan rumah dan menyertai beberapa acara berprofil tinggi termasuk ASEAN Mayors Forum 2025, World Expo 2025 di Osaka, serta usaha penyertaan dalam anugerah berprestij antarabangsa seperti Lee Kuan Yew World City Prize dan UNESCO Creative Cities Network (Design).

Sebagai penutup, Datuk Bandar menegaskan bahawa Kuala Lumpur kini bersedia untuk menyambut dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan pelancaran aplikasi dan portal VisitKL bagi memudahkan pelancong meneroka pelbagai destinasi budaya dan tarikan unik di ibu negara.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO