Default Banner

Cerita Kota, Cerita Kita | Jimat Tenaga, Jimat Kos

Utama / Berita & Acara / Cerita Kota, Cerita Kita | Jimat Tenaga, Jimat Kos

May 3rd, 2026 by Admin JPRK

Dalam kehidupan warga kota yang serba pantas, penggunaan tenaga elektrik menjadi keperluan harian yang tidak dapat dielakkan. Namun, dengan sedikit kesedaran dan amalan bijak, kita mampu menjimatkan tenaga sekali gus mengurangkan beban bil elektrik.

Amalan mudah seperti menutup lampu apabila tidak digunakan, mengelakkan mod ‘standby’ pada peralatan elektrik, serta memilih penggunaan kipas berbanding penyaman udara mampu memberi kesan besar dalam jangka masa panjang. Selain itu, penggunaan peralatan secara efisien seperti membasuh pakaian dalam jumlah penuh dan menggosok baju secara sekali gus juga membantu mengurangkan pembaziran tenaga.

Di samping itu, tetapan suhu penyaman udara yang optimum (23–25°C) serta penyelenggaraan peralatan seperti peti sejuk yang bersih dan tertutup rapat turut memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan tenaga lebih cekap.

Penjimatan tenaga bukan sahaja memberi manfaat kepada kewangan isi rumah, malah menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Bersama-sama kita amalkan gaya hidup lebih bijak demi masa depan yang lebih hijau dan sejahtera.

Jimat Tenaga, Kurangkan Bil. Bandar Lestari, Tanggungjawab Kita Bersama.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

10/05/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO