Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 15th, 2026 by Admin JPRK
Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh makna dan semangat kebersamaan di kesemua 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penganjuran terakhir yang berlangsung semalam, 14 Mac 2026 di Parlimen Batu, menutup tirai siri program yang membawa sinar kegembiraan kepada warga kota yang memerlukan.
Sepanjang penganjurannya, program ini menjadi wadah penting dalam menzahirkan nilai ihsan dan kepedulian kepada golongan asnaf, fakir serta mereka yang kurang berkemampuan. Melalui kerjasama erat antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan, seramai 5,100 penerima di seluruh Wilayah Persekutuan telah menerima sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang Syawal.
Lebih daripada sekadar penyampaian bantuan, Program Nur Ramadan turut menjadi platform yang mendekatkan pentadbiran bandar raya dengan masyarakat setempat melalui sesi ramah mesra, berbuka puasa dan solat berjemaah, sekali gus memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Kejayaan pelaksanaan program ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan sentiasa komited memastikan kesejahteraan setiap warga kota terus terpelihara, selari dengan aspirasi untuk membina bandar raya yang inklusif, prihatin dan berdaya huni.
Semoga keberkatan Ramadan terus menyatukan kita dalam menyebarkan kebaikan, agar tiada sesiapa pun yang terpinggir daripada merasai nikmat kemuliaan bulan yang penuh rahmat ini.
Wilayah Persekutuan Kita, Bandar Raya Untuk Semua.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)