January 27th, 2026 by Admin JPRK
Pada hari ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Awam di Semenyih, Selangor yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Antara fokus utama inisiatif ini ialah pembinaan Jalan Pintasan Semenyih yang dirangka bagi merungkai masalah kesesakan lalu lintas di kawasan setempat. Projek pintasan ini dijangka dapat memendekkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur dengan lebih cepat dan selesa, sekali gus meningkatkan kecekapan jaringan perhubungan harian penduduk.
Pembinaan jalan pintasan ini turut mencerminkan visi pembangunan yang lebih inklusif, bukan sahaja dalam memperkukuh mobiliti rakyat, malah sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan sosial jangka panjang di kawasan Semenyih dan sekitarnya.
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)