July 26th, 2025 by Admin JPRK
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini telah berkenan merasmikan Borneo Flora Festival @ Labuan 2025 (BFF 2025), festival bunga terbesar di Kepulauan Borneo. Festival bunga berprestij yang julung kali diadakan di Kepulauan Borneo ini diterajui oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dengan gabungan kepakaran tiga agensi di bawahnya iaitu Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Turut hadir ke majlis Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, Isteri TYT Yang di-Dipertua Negeri Sarawak, YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Puan Sri Maheran Jamil, isteri Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta ketua-ketua agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan.
BFF 2025 yang menampilkan keunikan dan keindahan flora Borneo melalui pelbagai pameran taman bertema mendapat 31 penyertaan agensi kerajaan, swasta, antarabangsa, komuniti, institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah. Ini termasuk penyertaan dari Negara
Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.
Perkembangan ekonomi pelbagai sektor tempatan termasuk hospitaliti, pengangkutan, gastronomi, inap desa dan lain-lain turut menerima manfaat yang besar sepanjang penganjuran BFF 2025 yang sekaligus dapat membangunkan sektor pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)