Default Banner

Datuk Bandar Kuala Lumpur Berkongsi Perjalanan Kepemimpinan Di Majlis Jaringan Dan Sambutan Hari Raya WIBM

Utama / Berita & Acara / Datuk Bandar Kuala Lumpur Berkongsi Perjalanan Kepemimpinan Di Majlis Jaringan Dan Sambutan Hari Raya WIBM

April 30th, 2025 by Admin JPRK

Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif telah menghadiri Majlis Jaringan dan Sambutan Hari Raya anjuran Women in the Build Industry Malaysia (WIBM) yang diadakan pada 28 April 2025 bertempat di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Dalam sesi perkongsian bertajuk Urban Future: The Mayor’s Story, beliau berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang bermula sebagai anak petani kecil di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah sehingga menjejakkan langkah ke pentas antarabangsa sebagai bekas Ketua Pengarah Eksekutif UN-Habitat, dan kini sebagai Datuk Bandar wanita pertama Kuala Lumpur.

Beliau menekankan bahawa kepimpinan sejati bukanlah tentang kuasa, tetapi tentang memberi khidmat kepada masyarakat dengan penuh keberanian, kerendahan hati dan harapan. Pendidikan, ketabahan, dan nilai-nilai murni menjadi asas utama kejayaan beliau.

Datuk Bandar turut menyeru semua untuk bersama-sama menjayakan inisiatif Kuala Lumpur sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, termasuk Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN, Forum Perbandaran Mampan ASEAN serta COP Townhall, bagi memperkasakan suara komuniti dalam membentuk masa depan bandar yang lestari.

Beliau juga menekankan komitmen DBKL dalam memperkasa peranan wanita dalam membentuk bandar masa depan melalui program Women-Led Cities, ke arah bandar raya yang lebih mampan, berdaya huni dan disayangi.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

15/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO