Datuk Bandar Kuala Lumpur Terima Kunjungan Hormat Dari Duta Besar Republik Jerman
Utama/Berita & Acara/Datuk Bandar Kuala Lumpur Terima Kunjungan Hormat Dari Duta Besar Republik Jerman
May 4th, 2025 by Admin JPRK
YBhg. Datoβ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 2 Mei 2025 telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Peter Blomeyer, Duta Besar Republik Jerman di Malaysia bertempat di Tingkat 28, Menara DBKL 1.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dalam mentadbir bandar serta berbincang mengenai peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama.
Diharapkan melalui pertemuan ini, hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Republik Jerman akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, khususnya dalam aspek pembangunan bandar yang mampan dan inklusif.