Default Banner

Datuk Bandar Tinjau Keadaan Semasa Di Bazaria Wangsa Maju

Utama / Berita & Acara / Datuk Bandar Tinjau Keadaan Semasa Di Bazaria Wangsa Maju

July 22nd, 2025 by User JPRK

Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluangkan masa untuk turun padang meninjau sendiri suasana perniagaan dan kemudahan di Bazaria Wangsa Maju, sebuah lokasi baharu yang semakin menyerlah sebagai pusat niaga dan komuniti moden di tengah-tengah kawasan Wangsa Maju. Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat ringkas mengenai operasi semasa bazar dan seterusnya melawat keseluruhan bazar di setiap tingkat. Sedikit fakta mengenai Bazaria Wangsa Maju, ia menempatkan 515 petak gerai barangan kering, 68 gerai makanan dan 62 unit kedai yang pelbagai, cukup meriah dan padat dengan pilihan!

Lebih daripada sekadar ruang niaga, Bazaria Wangsa Maju dibina dengan konsep keselesaan dan kesejahteraan untuk semua. Ia turut dilengkapi dengan dua gelanggang futsal, kemudahan tandas awam dan surau, eskalator untuk memudahkan pergerakan antara tingkat serta lebih dari 600 petak parkir kenderaan menjadikan pengalaman berkunjung lebih selesa dan mesra keluarga.

Dalam sesi ramah mesra bersama para peniaga, Datuk Bandar turut menzahirkan harapan agar inisiatif ini bukan sekadar membuka peluang pendapatan, tetapi juga membina komuniti niaga yang lebih tersusun, progresif dan inklusif. Sesi TUPA ini turut dihadiri oleh Encik Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi), Tuan Hj. Mohamad Hamim, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) dan Puan Nor Azlina Mohd Saad, Pengarah Eksekutif (Pengurusan).

Jadi buat anda yang ingin membeli-belah barangan harian, mencuba pelbagai juadah menarik, atau sekadar bersantai hujung minggu, Bazaria Wangsa Maju wajib ada dalam senarai persinggahan anda!

Jom sokong peniaga tempatan, nikmati kemudahan moden dan alami suasana bazar yang lebih selesa di ibu kota!

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

11/08/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO