Default Banner

Datuk Bandar Turun Padang Tinjau Isu Setempat Di Jalan Chan Sow Lin 2

Utama / Berita & Acara / Datuk Bandar Turun Padang Tinjau Isu Setempat Di Jalan Chan Sow Lin 2

July 28th, 2026 by Admin JPRK

Komitmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan kesejahteraan warga kota terus diperkukuh menerusi pendekatan turun padang dan tindakan berasaskan penyelesaian.

Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, wakil-wakil jabatan DBKL, persatuan pemilik tanah serta agensi-agensi berkaitan telah mengadakan lawatan tapak di Jalan Chan Sow Lin 2 bagi meninjau sendiri isu dan aduan yang dibangkitkan oleh penduduk serta pihak-pihak berkepentingan.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada pelbagai perkara yang memerlukan perhatian segera, antaranya penyelenggaraan jalan, kesesakan lalu lintas, cadangan pembinaan jalan sambungan baharu, permohonan pemasangan lampu isyarat, operasi batching plant, longgokan sampah, pencemaran udara serta isu-isu lain yang memberi kesan kepada keselamatan, keselesaan dan kualiti hidup warga setempat.

DBKL akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama semua pihak berkaitan bagi memastikan setiap isu yang dikenal pasti dapat diteliti, diselaras dan ditangani secara menyeluruh demi mewujudkan Kuala Lumpur yang lebih selamat, lestari dan berdaya huni.