Default Banner

DBKL Ambil 28 Tindakan Sita, 23 Kompaun, Serah 4 Notis Mahkamah Terhadap Jurufoto Dalam Ops Lens Sekitar KLCC

Utama / Berita & Acara / DBKL Ambil 28 Tindakan Sita, 23 Kompaun, Serah 4 Notis Mahkamah Terhadap Jurufoto Dalam Ops Lens Sekitar KLCC

April 21st, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) terus melaksanakan "Op Lens" Siri 6/2026 di kawasan tumpuan awam sekitar di Pintasan Saloma dan persiaran KLCC pada Ahad, 19 April 2026.

Dalam operasi bersepadu DBKL, PDRM, JIM dan JPN siri kali ini tindakan penguatkuasaan berterusan ke atas kegiatan perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan di tempat awam. Menerusi operasi besepadu siri kali ini, DBKL mengeluarkan sejumlah 4 notis kompaun terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat 3 sitaan keatas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit.

Menerusi statistik sehingga 19 April 2026, DBKL telah mengeluarkan sejumlah 23 notis kompaun, membuat 28 tindakan sita peralatan termasuk 7 daripadanya bukan warga negara serta menyerahkan 4 notis kepada individu (ulat foto) yang berkenaan untuk hadir bagi tindakan mahkamah kerana gagal membayar notis kompaun. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Manakala bagi pihak JIM dan JPN telah memeriksa 31 orang individu melibatkan pemeriksaan ke atas dokumen pengenalan diri termasuk 4 orang individu telah diberikan surat akuan penahahan dokumen JPN menerusi Akta Pendaftaran Negara 1959 di bawah Peraturan 21(1)(c), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) untuk hadir dan siasatan lanjut kesahihan dokumen pengenalan diri serta status kerakyatan individu-individu berkenaan.

DBKL akan terus komited memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang, menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalulintas.

Peralatan berkaitan aktiviti jurufoto yang di sita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut. Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh terus disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

28/04/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO