Default Banner

DBKL ambil tindakan penguatkuasaan susulan pemeriksaan di Hicks Bukit Bintang

Utama / Berita & Acara / DBKL ambil tindakan penguatkuasaan susulan pemeriksaan di Hicks Bukit Bintang

July 3rd, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini telah mengadakan lawatan susulan di HICKS Bukit Bintang berikutan lawatan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 30 Jun 2026.

Pemeriksaan mendapati bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) HICKS Flat masih gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh DBKL.

Sehubungan itu, satu Notis Kacau Ganggu telah dikeluarkan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mengarahkan tindakan pembetulan dilaksanakan dengan segera. Selain itu, satu kompaun telah dikenakan di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, serta satu (1) kompaun di bawah Seksyen 82(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kegagalan mematuhi arahan pembersihan yang telah dikeluarkan.

Bagi memastikan tahap kebersihan kawasan serta melindungi kesihatan awam, DBKL melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi walaupun tanggungjawab membersihkan kawasan berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama Hicks Flat.

DBKL akan terus memantau tahap pematuhan pihak yang bertanggungjawab dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya arahan yang dikeluarkan terus gagal dipatuhi.

3. 736188322 1683582656241806 3253543390022461084 n

3. 737325122 963342396718350 7618599218032709687 n

3. 738512012 2151989022038525 2576258079759775718 n

3. 738335038 1629833638661241 7591624298387908428 n