Default Banner

DBKL Ambil Tindakan Tegas Tangani Risiko Pembiakan Nyamuk Aedes Di Tapak Pembinaan

Utama / Berita & Acara / DBKL Ambil Tindakan Tegas Tangani Risiko Pembiakan Nyamuk Aedes Di Tapak Pembinaan

July 30th, 2026 by Admin JPRK

DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) telah melaksanakan pemeriksaan bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara susulan kejadian wabak demam denggi yang merekodkan empat (4) kes di kawasan sekitar.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat (4) lokasi positif pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes serta kadar urungan nyamuk sebanyak 3 ekor seminit. Sehubungan itu, DBKL telah mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut:

  • Mengeluarkan 4 Notis Pungutan Jentik-jentik di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

  • Mengeluarkan Notis Penutupan Tapak Pembinaan selama 14 hari di bawah Seksyen 8(3)(aa), Akta

    Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

  • Mengeluarkan Notis Kerja-kerja Pembersihan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) turut mengeluarkan empat (4) notis larangan atas pelbagai ketidakpatuhan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan.

DBKL akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan setiap tapak pembinaan mematuhi peraturan yang ditetapkan demi melindungi kesihatan awam serta membendung penularan demam denggi.

Perangi Aedes bermula dengan tindakan kita. Pastikan tiada air bertakung dan kekalkan persekitaran sentiasa bersih. Bersama-sama kita lindungi Kuala Lumpur daripada demam denggi.