Default Banner

DBKL Dan Bishkek Jalin Kerjasama Bandar Fokus Warisan, Kebudayaan Dan Pembangunan Mampan

Utama / Berita & Acara / DBKL Dan Bishkek Jalin Kerjasama Bandar Fokus Warisan, Kebudayaan Dan Pembangunan Mampan

June 25th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini telah menandatangani dokumen hasrat kerjasama (Letter of Intent) bersama Bishkek City Hall, Republik Kyrgyz dalam satu majlis yang diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada empat bidang utama iaitu pemuliharaan kawasan warisan, tadbir urus bandar, pelancongan dan kebudayaan, serta perancangan pembangunan mampan.

Bagi pihak DBKL, dokumen tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif manakala Bishkek City Hall diwakili oleh Datuk Bandarnya, Mr Dzhunushaliev Aibek.

Majlis turut diserikan dengan acara penanaman pokok sebagai simbol komitmen bersama terhadap kelestarian dan hubungan dua hala antara kedua-dua bandar.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar Kuala Lumpur menegaskan kepentingan kerjasama antara bandar raya dalam memperkukuh amalan pembangunan yang berasaskan budaya, alam sekitar dan komuniti. Beliau turut berkongsi pelaksanaan inisiatif Warisan Kuala Lumpur yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan kawasan bersejarah seperti Pasar Seni, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

DBKL kini dalam proses pencalonan Kuala Lumpur sebagai UNESCO Creative City of Design serta sedang mengusahakan pembiayaan daripada Adaptation Fund dan Green Climate Fund untuk menyokong projek pemulihan berasaskan alam semula jadi termasuk pewujudan taman poket dan jaringan hijau bandar.

Kerjasama ini membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan dan pengalaman antara Kuala Lumpur dan Bishkek dalam merangka dasar bandar yang lebih mampan, inklusif dan berpaksikan komuniti.

3. 511059859 1272086277813392 5985732022244741327 n

3. 511184229 1272086377813382 3693429254812246254 n

3. 511319672 1272086307813389 797250906667668375 n

3. 513694203 1272086301146723 3209368806172009974 n