Default Banner

DBKL Gempur 6 Premis Hiburan Di Kepong, Seputeh & Bukit Bintang

Utama / Berita & Acara / DBKL Gempur 6 Premis Hiburan Di Kepong, Seputeh & Bukit Bintang

August 24th, 2026 by Admin JPRK

Pada 23 Ogos 2026 (Ahad), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan khas terhadap premis-premis hiburan di sekitar parlimen Kepong, Seputeh dan Bukit Bintang, susulan operasi yang dijalankan pada malam 22 Ogos 2026 (Sabtu).

Tindakan ini menyasarkan premis yang dikendalikan oleh warga asing, gagal mematuhi syarat lesen petempatan makanan, serta beroperasi tanpa lesen sah untuk mengadakan hiburan.

Hasil daripada operasi ini, sebanyak 8 notis tawaran kompaun dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Iklan (WP) 1982.

3 Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan turut dikeluarkan terhadap premis yang mengadakan hiburan tanpa lesen. Selain itu, 3 sitaan barangan berkaitan hiburan serta 1 penutupan premis dilaksanakan serta-merta.

DBKL menegaskan penguatkuasaan sebegini akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan semua premis perniagaan dan hiburan di Kuala Lumpur mematuhi undang-undang yang ditetapkan, demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

2. 780024386 2636602500069888 5547100836950908984 n

2. 782489544 3679729398870033 4541832430939189667 n

2. 783899162 2160133351208793 1083662347466944096 n

2. 785258180 927809063716144 2423186879142505095 n