Default Banner

DBKL HANTAR BEKALAN AIR BERSIH KE LOKASI TERJEJAS

Utama / Berita & Acara / DBKL HANTAR BEKALAN AIR BERSIH KE LOKASI TERJEJAS

March 28th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggerakkan bantuan bekalan air bersih ke kawasan sekitar Jalan Ara dan Jalan Taban susulan gangguan bekalan air yang berlaku di lokasi berkenaan.

Tindakan ini dilaksanakan bagi membantu memenuhi keperluan penduduk yang terjejas serta memastikan kebajikan warga kota terus diberi perhatian. DBKL akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan bantuan sewajarnya dari semasa ke semasa.