Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
June 9th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu (Pasar) Siri 3/2026 di sekitar Pasar Pudu Jalan Yew, Kuala Lumpur pada jam 6.00 pagi Selasa, 9 Jun 2026.
Operasi bersepadu ini melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja dan individu warga negara asing yang menjalankan atau mengendalikan aktiviti perniagaan melibatkan barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit lain tanpa kebenaran serta langar syarat permit kerja dari pihak berkuasa.
Hasil serbuan yang dijalankan, sejumlah 22 penjaja tanpa lesen melibatkan 13 warga negara asing dan 9 warga tempatan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan membuat halangan di tempat awam telah diambil tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta mengeluarkan satu notis kompaun ke atas pemilik gerai tanpa kebenaran.
Kesemua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kesalahan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Kesemua barangan dan peralatan yang disita seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan am, troli, bakul dan lain-lain peralatan telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi.
Manakala pihak JIM telah memeriksa 62 orang melibatkan 12 orang dari warganegara Bangladesh, 35 orang warganegara Indonesia dan 15 orang warganegara Myanmar.
JIM menahan 16 orang (Bangladesh; 3, Indonesia; 12, Myanmar; 1) yang dikesan tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas, permit atau dokumen
dan memasuki Malaysia tanpa memiliki pas atau permit yang sah. Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Operasi dan tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)