Default Banner

DBKL, JPJ, PDRM KELUARKAN 113 NOTIS, TUNDA 6 KENDERAAN DI BUKIT BINTANG

Utama / Berita & Acara / DBKL, JPJ, PDRM KELUARKAN 113 NOTIS, TUNDA 6 KENDERAAN DI BUKIT BINTANG

September 25th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama daripada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Operasi Halang Siri 6 Tahun 2026 di sekitar Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang pada Khamis, 24 September 2026.

Menerusi operasi bersepadu ke atas pemandu dan kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalulintas dan membuat halangan, pihak DBKL telah mengeluarkan sebanyak 28 notis kompaun termasuk menunda 6 buah kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kesemua kenderaan yang ditunda di hantar ke Depoh Simpanan DBKL Jalan Pahang untuk rekod dan dokumentasi.

Manakala JSPT PDRM turut mengeluarkan 43 notis dan JPJ pula mengeluarkan 42 notis, ke atas pemandu dan kenderaan yang didapati melakukan pelbagai kesalahan lalulintas.

Secara keseluruhannya, operasi bersepadu ini berjaya mencatatkan jumlah 113 notis kompaun serta 6 tindakan penundaan kenderaan, mencerminkan komitmen padu semua agensi dalam memastikan disiplin dan keselamatan jalan raya sentiasa dipatuhi oleh pengguna jalan di ibu negara.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan kompaun atau penguatkuasaan pada masa akan datang.

3. 819812069 1800334030981351 3437325440339428694 n

3. 820568882 1065864433029625 5998597616425017785 n

3. 825268207 1624658822641905 3699484994003956384 n

3. 824516183 1703032204580259 7595873305441365006 n