September 28th, 2025 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengukir kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Badan Beruniform sempenan dengan penganjuran Festival Permainan Malaysia @ Putrajaya yang berlangsung pada 27 September 2025.
Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini menyaksikan pasukan DBKL cemerlang dengan 7 kemenangan tempat pertama, 1 tempat kedua, dan 2 tempat ketiga bagi kategori badan beruniform.
Kejayaan ini bukan sahaja menyerlahkan semangat kesukanan dan kebersamaan warga DBKL, tetapi turut membuktikan komitmen berterusan dalam melahirkan warga kerja yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing.
Kemenangan edisi kali ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila DBKL berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan buat kali ke-10. Diharapkan kejayaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus menyerlah dalam pelbagai bidang serta mengharumkan nama DBKL di pentas kebangsaan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)