Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 2nd, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Korekan Jalan Awam Siri 4/2026 di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan Jalan Kerinchi Bangsar, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah Segambut dan Jalan Raja Muda Titiwangsa bermula pada jam 10.30 malam, Jumaat 27 Februari 2026 dan berakhir pada jam 3.30 pagi Sabtu 28 Februari 2026.
Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan bagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor semasa pembaikkan atau penyelenggaraan berkaitan pemasangam paip, penurapan jalan, pembaikkan saluran longkang, kerja-kerja utiliti seperti pemasangan atau penyelenggaraan bekalan air, elektrik atau talian telekomunikasi yang gagal mematuhi syarat dan kelulusan kerja di tapak operasi.
Hasil pemeriksaan di 8 buah lokasi yang dipantau. sebanyak 11 notis kompaun telah dikeluarkan oleh DBKL ke atas 6 kontraktor pembinaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kesalahan seperti tidak meletakkan lampu blinker jalan, menyebabkan kerosakan siar kaki jalan, menutup laluan jalan tanpa kebenaran, lori tiada permit mengangkut bahan binaan dan menyebabkan laluan jalan awam kotor serta lain-lain kesalahan am. Tindakan penguatkuasaan diambil menerusi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 (2 notis kompaun) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (9 notis kompaun).
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang Aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera.
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)