Default Banner

DBKL, KPN Selaras Festival Ambang Merdeka 2026

Utama / Berita & Acara / DBKL, KPN Selaras Festival Ambang Merdeka 2026

August 15th, 2026 by Admin JPRK

YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), di Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur, hari ini.

Kunjungan tersebut turut disusuli dengan sesi perbincangan dan penyelarasan antara DBKL dan KPN bagi memperincikan pelaksanaan serta penggabungan Festival Ambang Merdeka 2026 anjuran DBKL dengan Majlis Perhimpunan Ambang Merdeka 2026 anjuran KPN yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan konsep, pengisian dan atur cara, persembahan kebudayaan serta hiburan, penggunaan tapak dan ruang, keperluan teknikal dan logistik serta pembahagian peranan dan tanggungjawab antara kedua-dua pihak.

Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan sambutan Ambang Merdeka 2026 dapat dilaksanakan secara bersepadu, tersusun dan lancar, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga kota.

1. 772868729 1958736135530372 2863992855206620776 n

1. 773589519 4173520699612790 4030998358272296606 n

1. 774432449 1410878857773936 1901980267965421264 n

1. 773469394 4359484261048277 1692957323596559856 n