Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
May 17th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Operasi Bersepadu Halang di Jalan Sultan dan Jalan Pudu, Bukit Bintang pada Jumaat, 15 Mei 2026.
Menerusi tindakan operasi bersepadu yang telah dijalankan, DBKL telah mengeluarkan 55 notis kompaun dan mengambil 10 tindakan tunda terhadap pemilik/pemandu kenderaan yang membuat kesalahan halangan lalulintas termasuk meletak kenderaan di laluan awam dan tempat yang tidak dibenarkan menerusi Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kenderaan yang ditunda telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi.
Manakala pihak PDRM mengeluarkan 21 notis kompaun dan pihak JPJ mengeluarkan 135 notis kompaun ke atas pemilik/pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan trafik, halangan dan ingkar isyarat lalulintas serta kesalhan am yang lain menerusi akta dan peruntukan di bawah agensi masing-masing.
Tindakan operasi bersepadu ini, akan diteruskan dilokasi tumpuan (hotspot) yang lain. Pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Sebarang aduan atau maklumbalas orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)