Default Banner

DBKL Pergiat Usaha Naik Taraf Perumahan Awam Demi Kesejahteraan Warga Kota

Utama / Berita & Acara / DBKL Pergiat Usaha Naik Taraf Perumahan Awam Demi Kesejahteraan Warga Kota

June 14th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus memperkukuh usaha meningkatkan kualiti kehidupan warga kota menerusi pelaksanaan pelbagai projek penyelenggaraan dan penaiktarafan di Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak dan PA Jalan Loke Yew yang memberi manfaat secara langsung kepada lebih 1,700 keluarga penghuni.

Perkembangan ini ditinjau menerusi lawatan turun padang YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke kedua-dua perumahan awam tersebut hari ini bagi melihat sendiri pelaksanaan Program Penyelenggaraan Perumahan Awam DBKL yang dilaksanakan secara berfasa dan berterusan.

Lawatan berkenaan memberi tumpuan kepada projek-projek utama yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan serta kebolehdiaman persekitaran kediaman penghuni.

Di PA Seri Sarawak yang mempunyai 768 unit kediaman, DBKL telah melaksanakan kerja-kerja transformasi visual dan infrastruktur melibatkan pengecatan semula bangunan serta turapan jalan dengan kos RM2.66 juta. Pada masa yang sama, sistem janakuasa dan elektrik turut dinaik taraf menerusi penggantian janakuasa tunggusedia (genset) dan penaiktarafan sub-main cable dengan peruntukan RM2.5 juta. Bagi memperkukuhkan aspek keselamatan, kerja-kerja penggantian paip dry riser dan wet riser turut dilaksanakan dengan kos RM375,000.

Sementara itu, PA Jalan Loke Yew yang menempatkan 1,007 unit kediaman turut menerima pelbagai penambahbaikan melibatkan transformasi visual bangunan melalui kerja-kerja pengecatan semula dengan kos RM4.14 juta. Selain itu, sistem janakuasa dan elektrik telah dipertingkatkan menerusi penggantian genset dan penaiktarafan sub-main cable berjumlah RM3.2 juta, manakala kerja-kerja penggantian paip dry riser dan wet riser bagi meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dilaksanakan dengan kos RM473,000.

Sepanjang lawatan, pelaksanaan kerja-kerja turapan jalan, pengecatan bangunan, penggantian sistem keselamatan kebakaran, penaiktarafan sistem bekalan elektrik serta pelbagai kemudahan sokongan yang menjadi keperluan utama penghuni perumahan awam turut ditinjau bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut perancangan dan memberi manfaat optimum kepada penduduk.

Pelaksanaan projek-projek ini bukan sahaja memberi wajah baharu kepada kawasan perumahan, malah meningkatkan tahap keselamatan, kebolehpercayaan sistem utiliti serta keselesaan penghuni dalam menjalani kehidupan seharian.

Selain projek-projek naik taraf yang telah dilaksanakan, DBKL turut meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala melibatkan kemudahan awam seperti jalan dalaman, taman permainan kanak-kanak, sistem pencahayaan, lif serta pengurusan aduan dan pemeriksaan berkala bagi memastikan setiap kemudahan sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memastikan aset perumahan awam di Kuala Lumpur terus dipelihara dan dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa, sekali gus mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat, selesa dan berkualiti untuk dinikmati oleh seluruh warga kota.

logo dbkl
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

25/06/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO