Default Banner

DBKL Perkasa Kebersihan Dan Keselesaan Di Flat Taman Kuchai Jaya

Utama / Berita & Acara / DBKL Perkasa Kebersihan Dan Keselesaan Di Flat Taman Kuchai Jaya

August 14th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turun padang melaksanakan aktiviti gotong-royong di Flat Taman Kuchai Jaya pada 12 Ogos 2026 sebagai usaha bersama untuk meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselesaan persekitaran kediaman warga kota.

Aktiviti yang melibatkan seramai 213 peserta terdiri daripada warga DBKL, agensi berkaitan serta penduduk setempat memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar blok, kutipan dan pelupusan sampah serta barang-barang lusuh, selain pembersihan longkang dan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Turut dilaksanakan aktiviti kawalan larva dan semburan mist blower di Blok A hingga D sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko pembiakan nyamuk Aedes dan penularan demam denggi.

Dalam masa yang sama, DBKL turut melaksanakan Operasi Sita Bil. 3/2026 sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

Usaha secara bersepadu ini mencerminkan komitmen DBKL untuk memastikan persekitaran perumahan warga kota sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan selesa.

DBKL turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Flat Taman Kuchai Jaya serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Kerjasama berterusan warga kota amat penting bagi memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara.

Bersama DBKL, kita jadikan Kuala Lumpur lebih bersih, sihat dan sejahtera.

1. 761559625 918123961333357 8606843941762316321 n

1. 768408735 1821835119179849 196472644738027700 n

1. 774105652 954507007664613 4339291588684044549 n

1. 774136740 915182904999193 4146335956061962891 n