Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
May 20th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan inisiatif baharu pembaharuan lesen perniagaan sehingga maksimum tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 sebagai langkah memperkukuh ekosistem perniagaan bandar raya yang lebih mesra pelanggan, efisien dan progresif.
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan membantu komuniti perniagaan menghadapi cabaran ekonomi semasa di samping memberi kepastian yang lebih baik dalam aspek perancangan operasi, pengurusan kewangan dan pembiayaan perniagaan bagi tempoh jangka sederhana serta panjang.
Pendekatan baharu ini juga selaras dengan usaha DBKL mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, fleksibel dan responsif kepada keperluan warga kota serta komuniti perniagaan.
Melalui pelaksanaan ini, tempoh sah laku lesen perniagaan bagi permohonan pembaharuan lesen yang berstatus lulus tetap boleh dipanjangkan daripada satu tahun kepada dua atau tiga tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk pelesen tidak mempunyai sebarang kompaun atau tunggakan bayaran sewa dengan DBKL.
Antara kategori sektor perniagaan yang layak dipertimbangkan bagi pembaharuan lesen sehingga tiga tahun adalah seperti berikut:
• Premis Pejabat
• Bengkel dan Kejuruteraan
• Lain-lain Perniagaan
• Penternakan dan Pertanian
• Gudang / Stor / Penyimpanan
• Hotel
• Pembuatan / Pengilangan / Perindustrian
• Makanan dan Minuman
• Tred dan Perniagaan
Sebagai galakan kepada para pelesen, DBKL turut menawarkan insentif potongan kadar fi lesen bagi pembaharuan lesen pelbagai tahun iaitu 5% untuk tempoh dua tahun dan 10% bagi tempoh tiga tahun. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir sekitar 95,000 pelesen di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan pembaharuan lesen pelbagai tahun ini dijangka dapat mengurangkan beban urusan pembaharuan tahunan, menjimatkan masa serta kos pematuhan selain meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti perniagaan.
Pada masa sama, pendekatan ini turut membolehkan DBKL memberi tumpuan lebih efektif terhadap sektor dan aktiviti perniagaan yang memerlukan pemantauan serta semakan tahunan secara lebih menyeluruh berdasarkan keutamaan penguatkuasaan dan pematuhan semasa.
DBKL komited untuk terus menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan perlesenan yang lebih moden dan berdaya saing selaras aspirasi Kuala Lumpur yang mesra perniagaan serta kondusif untuk pertumbuhan ekonomi.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen pelbagai tahun ini boleh dilayari menerusi portal eLesen DBKL di https://elesen.dbkl.gov.my
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)