Default Banner

DBKL Perkukuh Integriti Melalui Modul, Ikrar Dan Kerjasama Strategik SPRM

Utama / Berita & Acara / DBKL Perkukuh Integriti Melalui Modul, Ikrar Dan Kerjasama Strategik SPRM

August 28th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh budaya integriti dengan melaksanakan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA). Modul ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman warga kerja terhadap nilai-nilai integriti, malah membentuk kesedaran mendalam bahawa integriti adalah tunjang utama kepada perkhidmatan yang telus dan berakauntabiliti.

Komitmen ini diperkukuh lagi melalui Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ikrar ini menjadi manifestasi tekad DBKL menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sambil meneguhkan budaya kerja yang berlandaskan kejujuran dan amanah dalam setiap urusan pentadbiran serta pengurusan bandar raya.

Kesungguhan ini turut dizahirkan apabila Datuk Bandar menerima kunjungan hormat daripada TPj Mohamad Zakkuan bin Talib, Pengarah SPRM Kuala Lumpur. Pertemuan berkenaan membuka ruang kerjasama strategik yang lebih erat antara DBKL dan SPRM dalam bidang pencegahan rasuah, pemerkasaan integriti serta pendidikan berterusan kepada warga kerja.

Langkah bersepadu ini jelas memperlihatkan iltizam DBKL untuk membina pentadbiran bandar raya yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti tinggi, sekali gus memastikan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan DBKL terus terpelihara dan semakin kukuh.

2. 539166916 1323946649294021 8448619788010728591 n

2. 539265323 1323946679294018 4002676596361394865 n

2. 539851648 1323946572627362 3825842965801143419 n

2. 540527224 1323946695960683 2185860008830787819 n