Default Banner

DBKL Perkukuh Komitmen Bandar Raya Mampan

Utama / Berita & Acara / DBKL Perkukuh Komitmen Bandar Raya Mampan

September 30th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan mampan apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif menyampaikan ucaptama bertajuk City for All: Resilience and Heritage in KL2040 sempena Persidangan World Class Sustainable Cities (WCSC) 2025 di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Pada ucapan beliau, Datuk Bandar menegaskan usaha DBKL membentuk Kuala Lumpur sebagai bandar raya berdaya tahan dan beridentiti melalui pelaksanaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040), Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 (KLCAP2050) dan Inisiatif Warisan KL.

Antara komitmen utama termasuk penyediaan 305,000 unit rumah mampu milik menjelang 2040, peningkatan penggunaan pengangkutan awam kepada 70 peratus, pembinaan 254 kilometer Green-Blue Connector, serta sasaran sifar bersih karbon menjelang 2050. Usaha pemuliharaan turut diteruskan melalui Warisan KL yang melibatkan 10 kawasan bersejarah termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.

DBKL turut mengamalkan pendekatan 4P (Public-Private-People Partnership) bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan mampan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, termasuk melalui program Zero Waste Zone dan K2K bersama Think City.

Melalui usaha menyeluruh ini, Kuala Lumpur diyakini akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah bandar raya selamat, hijau, beridentiti dan inklusif.

1. 556261195 1351622566526429 6779794256641711096 n

1. 556692168 1351622539859765 4767042443486313246 n

1. 556871327 1351622439859775 6577459604501766874 n

1. 557451489 1351622553193097 2226619973859588206 n