Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan meroboh struktur binaan sangkar burung tanpa kelulusan di Kampung Cheras Baru, Cheras pada Isnin, 27 Julai 2026.
Tindakan penguatkuasaan meroboh dua (2) buah struktur binaan (sangkar burung) dilaksanakan setelah pemilik struktur sangkar burung berkenaan gagal mematuhi 4 notis penguatkuasaan dan pengosongan tapak berkaitan pembinaan struktur kekal tanpa kebenaran di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (2 notis) dan menghendaki kacau ganggu dihapuskan di bawah Seksyen 81, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (2 notis) di atas rezab awam yang dikeluarkan sebelum ini.
Kerja-kerja meroboh 2 buah struktur dan pembersihan kawasan berkenaan berjalan dengan lancar termasuk menyita dan memindahkan 19 ekor pelbagai unggas (burung) ke stor Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mengikut proses dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.
DBKL mengingatkan, mana-mana pemilik atau individu agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi sebarang pembinaan struktur, pemeliharaan unggas atau haiwan atau lain-lain mendapat kebenaran pihak berkuasa supaya tidak mendatangkan kacau ganggu kepada mana-mana laluan awam, persekitaran atau penduduk setempat. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.