Default Banner

DBKL Roboh Struktur Gerai Dan Sita Peralatan Perniagaan

Utama / Berita & Acara / DBKL Roboh Struktur Gerai Dan Sita Peralatan Perniagaan

April 3rd, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor Sdn. Bhd. dan Alam Flora Sdn. Bhd. melaksanakan tindakan khas meroboh struktur gerai dan pindah peralatan aktiviti perniagaan gerai makanan tanpa kebenaran sekitar Jalan Brunei Selatan dan Jalan Beremi, Bukit Bintang pada 02 April 2026.

Tindakan penguatkuasaan meroboh 3 buah struktur gerai makanan dan minuman serta pindah peralatan perniagaan dilaksanakan termasuk setelah pemilik struktur gerai makanan dan minuman gagal mematuhi notis penguatkuasaan telah dikeluarkan sebelum ini untuk pengosongan tapak menerusi kesalahan dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

DBKL turut mengeluarkan 4 notis kompaun ke atas penjaja tanpa lesen warga tempatan dan kepada pemilik pernigaan yang tidak mematuhi syarat lesen termasuk membuat halangan di kawasan laluan awam menerusi kesalahan dibawan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Barangan dan peralatan perniagaan yang disita melibatkan tong gas, dapur dan lain-lain dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi. Operasi berjalan dengan lancar tanpa sebaranga provokasi dan kawalan keselamatan bersama PDRM.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

3. 663134056 1504017871286897 5994965787111707481 n

3. 663302067 1504017677953583 4710712834253373775 n

3. 665861614 1504017521286932 3302099838309575535 n

3. 664924097 1504017747953576 8386574445723225922 n