Default Banner

DBKL Roboh Struktur Haram Atas Tanah Kerajaan

Utama / Berita & Acara / DBKL Roboh Struktur Haram Atas Tanah Kerajaan

August 19th, 2026 by Admin JPRK

18 Ogos 2026 (Selasa), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditugaskan untuk membantu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Roboh Struktur terhadap struktur haram yang didirikan atas tanah kerajaan di sekitar Jalan Murai OFF jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Operasi dijalankan dengan meroboh sebanyak 60 buah struktur haram yang dibina diatas tanah kerajaan selepas Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) mengeluarkan notis pengosongan tapak yang bertarikh 18 Ogos 2026. Tindakan dilaksanakan di bawah Seksyen 426A, Kanun Tanah Negara 1965.

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIMWPKL), Syarikat Air Selangor (SYABAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

1. 761559625 918123961333357 8606843941762316321 n

1. 777851452 1387076710298294 8093671752701015685 n

1. 777855275 1542637190310756 7521845866164726389 n

1. 777948027 3276387115898918 5804534790409472392 n