13 Ogos 2026 (Khamis), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Pengurusan Air Selangor telah melaksanakan Operasi Bersepadu TEBAH di sekitar Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa.
Tindakan dilaksanakan dengan merobohkan sebanyak 18 buah struktur tanpa kebenaran yang didirikan di rezab jalan awam di sekitar kawasan tersebut. Tindakan dijalankan di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Selain itu, sebanyak 2 tindakan sita telah dilaksanakan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
DBKL akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap sebarang pembinaan struktur tanpa kelulusan di atas rezab jalan awam demi menjaga keselamatan dan kepentingan orang ramai.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.
https://adukl.dbkl.gov.my/