Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 1st, 2026 by Admin JPRK
DBKL SITA 11 GEROBOK BESI BERODA PENIAGA PASAR KARAT LAMA LORONG SULTAN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas pindah halangan gerobok besi beroda peniaga tinggalkan di tempat awam sekitar Pasar Karat Lama, Lorong Sultan, Jalan Petaling pada Sabtu, 28 Februari 2026.
Tindakan penguatkuasaan pindah halangan gerobok besi beroda peniaga yang ditinggalkan di Pasar Karat Lama, Lorong Sultan, Jalan Petaling. Amaran dan notis Penguatkuasaan telah dikeluarkan sebelum ini untuk mengosongkan tapak menerusi kesalahan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Tindakan penguatkuasaan pindah halangan dan peralatan perniagaan melibatkan 11 buah gerobok besi beroda yang dijadikan stor barangan dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi selanjutnya. DBKL mengingatkan kepada semua pemilik atau peniaga untuk sentiasa mematuhi peraturanyang telah ditetapkan serta menjaga kebersihan kawasan awam selepas aktiviti perniagaan tamat.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)