Default Banner

DBKL SITA, KOMPAUN 6 PUSAT HIBURAN DALAM TINDAKAN KHAS PREMIS

Utama / Berita & Acara / DBKL SITA, KOMPAUN 6 PUSAT HIBURAN DALAM TINDAKAN KHAS PREMIS

September 27th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Tindakan Khas Premis Siri 11/2026 sekitar Jalan Klang Lama, Parlimen Seputeh, Jalan Tun Razak, Jalan Balai Polis, Jalan Yap Ah Sak, Parlimen Bukit Bintang bermula pada jam 11.00 malam, Jumaat 25 September 2026 dan berakhir pada jam 5.00 pagi pada Sabtu 26 September 2026.

Sebanyak 6 buah premis telah di buat pemeriksaan oleh DBKL ke atas premis perniagaan yang menjalankan dan mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen, premis tiada lesen, pengendali dan pembantu warga asing, pemilik mengabaikan tahap kebersihan premis serta langgar lain-lain syarat lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, DBKL telah melaksanakan 4 tindakan sitaan terhadap pelbagai barangan peralatan muzik dan mengeluarkan 12 notis kompaun ke atas premis yang tidak memiliki lesen hiburan bagi penganjuran aktiviti hiburan, gagal pamer lesen perniagaan, melantik pembantu warga negara asing tanpa permit sah, menjalankan aktiviti perniagaan selain dalam lesen, meletakkan barangan makanan di atas lantai, ruangan dapur kotor, pengendali tiada suntikan typhoid menerusi kesalahan di bawah UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Kesemua peralatan dan barangan muzik yang dikenakan tindakan sita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

1. 825273793 2119307061992480 5831025849520200763 n

1. 825340527 1104166471961635 1795883570578105843 n

1. 825329212 4457043327890185 2745643570911894421 n

1. 829196356 1081623274657846 3810129238100602759 n