Default Banner

DBKL Sita, Kompaun Aktiviti Perniagaan Kendalian Warga Asing Dalam Operasi Bersepadu Tebah Bersama PDRM & MPS

Utama / Berita & Acara / DBKL Sita, Kompaun Aktiviti Perniagaan Kendalian Warga Asing Dalam Operasi Bersepadu Tebah Bersama PDRM & MPS

July 13th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Selayang Negeri Selangor (MPS) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Tebah (Aktiviti Perniagaan Kendalian Warga Asing) Siri 4 Tahun 2026 sekitar Jalan Selayang Baru, Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam Sabtu 11 Julai 2026 dan berakhir pada jam 1.00 pagi Ahad 12 Julai 2026.

Dalam operasi bersepadu ini, DBKL bersama PDRM dan MPS membuat pemeriksaan ke atas aktiviti perniagaan melibatkan barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, barangan basah, barangan am dan lain-lain yang beroperasi tanpa lesen, premis dikendalikan warga negara asing, membuat halangan di laluan awam dan melanggar syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

DBKL membuat 11 tindakan sita dan pindah barangan, peralatan perniagaan serta merta ke atas penjaja tanpa lesen dan dikendalikan warga asing serta mengeluarkan 4 notis kompaun kepada penjaja warga tempatan yang berniaga tanpa lesen dsn menggajikan warga asing tanpa kebenaran sah.

Pelbagai barangan dan peralatan yang di sita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan dokumentasi lanjut. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

PDRM dan MPS turut membuat pemeriksaan bersama ke atas pekerja warga negara asing yang mengendali serta menjadi pembantu di premis-premis perniagaan yang di periksa. Operasi bersepadu berjalan lancar dengan dan akan diteruskan tindakan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera.