Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
May 17th, 2026 by Admin JPRK
DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan Aktiviti Perniagaan di sekitar Jalan Hj Hussien, Chowkit pada Jumaat, 15 Mei 2026.
Menerusi operasi bersepadu yang dijalankan ke atas pelbagai aktiviti perniagaan dan penjajaan melibatkan premis restoran, kedai runcit, gerai makanan, buah-buahan, barangan am dan lain-lain termasuk pengendalian oleh warga negara asing, Penguatkuasa DBKL telah mengeluarkan 17 notis kompaun ke atas pelbagai kesalahan tiada lesen perniagaan, menggajikan warganegara asing, pemegang lesen tiada di lokasi dan halangan di tempat awam, termasuk membuat tindakan sita dan pindah peralatan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Manakala Pegawai Kesihatan DBKL pula mengeluarksn 5 notis kompaun pelbagai kesalahan kepada pemilik premis restoran dan gerai makanan yang melakukan kesalahan melibatkan premis tiada lesen, ketiadaan perangkap minyak, langgar syarat lesen, tiada pemeriksaan kesihatan dan kekotoran premis di bawah kesalahan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
Kesemua peralatan dan barang perniagaan yang disita melibatkan buah-buahan, barangan runcit, stall beroda, kanopi, kerusi dan meja yang berada di petak parkir dan tempat awam tanpa kebenaran telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk proses dokumentasu dan tindakan lanjut.
Operasi bersepadu DBKL bersama PDRM dan JIM, berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi. DBKL akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan persekitaran bandar raya kekal bersih, selamat dan teratur demi kesejahteraan warga kota.
Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)