Default Banner

DBKL Sita, Kompaun Penjaja Warga Asing, Premis Buat Halangan Di Pasar Borong Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / DBKL Sita, Kompaun Penjaja Warga Asing, Premis Buat Halangan Di Pasar Borong Kuala Lumpur

August 1st, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen dan Halangan Tempat Awam Siri 9/2026 sekitar Jalan 1/3a dan Jalan 2/3a, di Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Kuala Lumpur pada Khamis, 30 Julai 2026.

Pemantauan, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasan dijalankan melibatkan aktiviti penjajaan tanpa lesen dan penglibatan warga negara asing serta premis buat halangan tred perniagaan di kaki lima, siar kaki, atas jalan, petak letak kenderaan dan laluan awam terutamanya melibatkan perniagaan barangan borong, pasar raya dan kedai runcit.

DBKL membuat tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 14 notis kompaun ke atas aktiviti dan premis perniagaan yang didapati melanggar syarat lesen yang dikeluarkan dengan melantik pembantu warga negara asing tanpa kebenaran, tiada lesen perniagaan, premis membuat halangan di kaki lima atau siar kaki tempat awam dan lain-lain kesalahan am menerusi kesalahan di bawah UUK Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016 (9 notis) dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (5 notis).

Turut dibuat 26 tindakan sita dan pindah barangan serta peralatan perniagaan yang dijalankan oleh penjaja warga negara asing dan premis-premis perniagaan yang membuat halangan dengan peletakan pelbagai barangan tred perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran. Barangan yang di sita, dipindakan ke Setor Sitaa DBKL untuk rekod dan dokumentasi.

DBKL akan meneruskan operasi bersepadu dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.