October 28th, 2025 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus memperkukuh peranan sebagai peneraju bandar raya mampan apabila menerima Anugerah Khas SDG 11: Leading in Sustainable Cities and Communities sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan dan Kongres Perancangan Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, kepada YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen DBKL dalam memperkasa agenda pembangunan bandar yang inklusif, berdaya tahan dan lestari selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 11).
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YB Dato’ Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan DBKL dalam mentransformasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang moden, berdaya huni dan seimbang dari segi ekonomi, sosial serta alam sekitar demi kesejahteraan warga kota.
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)