Default Banner

DBKL Terus Perkasa Usaha Mitigasi Pokok Demi Keselamatan Warga Kota

Utama / Berita & Acara / DBKL Terus Perkasa Usaha Mitigasi Pokok Demi Keselamatan Warga Kota

July 21st, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited memastikan pengurusan pokok bandar dilaksanakan secara sistematik, selamat dan mampan demi kesejahteraan warga kota.

Sebagai langkah proaktif mengurangkan risiko serta meningkatkan aspek keselamatan awam, DBKL meneruskan pelaksanaan kerja-kerja mitigasi pokok di beberapa lokasi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi minggu ini, tumpuan diberikan di kawasan Parlimen Bukit Bintang, Lembah Pantai dan Batu.

Lokasi kerja-kerja mitigasi:

  • Selera Medan Bunus (Lestari Niaga)

  • Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam

  • Jalan Pantai Permai, Bangsar

  • Jalan Haji Salleh, Sentul

  • Jalan Sinar Sentul, Sentul

  • Depoh Tunda JPK, Jalan Sentul

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan DBKL dalam memastikan pokok-pokok bandar sentiasa berada dalam keadaan baik, sekali gus mengurangkan risiko kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan warga kota.

Orang ramai disaran sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta papan tanda di kawasan kerja bagi memastikan operasi berjalan lancar dan selamat.

DBKL komited ke arah Kuala Lumpur yang lebih selamat, hijau dan lestari untuk semua.

2. 749629639 1402009095121686 4359696674383210483 n

2. 750016146 1520285552623558 5048429280386707642 n

2. 752658882 1767459991101894 8063424989561333965 n

2. 753546043 995607329949161 2560502220950384813 n