Default Banner

DBKL Tingkatkan Kawalan Penguatkuasaan Di Bazar Syawal Lorong Tuanku Abdul Rahman

Utama / Berita & Acara / DBKL Tingkatkan Kawalan Penguatkuasaan Di Bazar Syawal Lorong Tuanku Abdul Rahman

March 10th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan pemantauan, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan di Bazar Syawal Lorong Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu, 07 Mac 2026 dan Ahad, 08 Mac 2026.

Pemantauan dan pemeriksaan ini dijalankan ke atas pemilik perniagaan atau pemegang lesen Bazar Syawal bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) aktiviti perniagaan dipatuhi seperti penglibatan pembantu warga asing, jual tapak niaga (ali baba lesen), membuat halangan laluan awam dan lain-lain kesalahan berkaitan serta pemantauan ke atas penjaja harian bergerak yang dilesenkan secara harian melalui inisiatif baharui yang diperkenalkan.

DBKL menerima dan telah memproses permohonan terus dilapangan melibatkan 221 individu (Sabtu, 81 dan Ahad, 140) peniaga harian bergerak (tanpa kenderaan) yang memohon permit bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang dibenarkan sahaja seperti air berbekas (air tin, air kotak), makanan atau buah berbungkus, bunga, belon, permainan kanak-kanak dan barangan lain yang bersesuaian.

Melalui pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sejumlah 7 notis kompaun telah dikeluarkan ke atas 7 pemilik aktiviti perniagaan yang melakukan kesalahan melibatkan pemegang lesen tiada di tapak bazar (1 notis), menjalankan aktiviti menjaja tanpa kebenaran sah (4 notis), menggajikan pekerja warga asing (1 notis), dan menghalang laluan (1 notis), serta membuat 5 tindakan sita barangan dan peralatan penjaja tanpa lesen (air balang) dan barangan am lain tanpa kebenaran menerusi dibawah kesalahan Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan dan pelanggaran isyarat lalulintas sekitar kawasan tumpuan di Masjid India melibatkan penundaan ke atas 2 buah kereta dan mengeluarkan sejumlah 284 notis kompaun kepada pemilik kenderaan yang membuat halangan lalulintas dan peletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki awam, laluan bas, lalaun orang kelainan upaya (OKU) dan halangan kawasan khemah peniaga bazar. Tindakan pengutkuasaan diambil menerusi kesalahan dibawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987

DBKL terus mengingkatkan kepada pengunjung ke Bazar Syawal Kuala Lumpur agar menjaga keselamatan diri dan memastikan kenderaan tidak menghalang mana-mana laluan awam serta mematuhi arahan semasa daripada pasukan Warden Trafik DBKL dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada dilokasi. Penggunaan pengangkutan awam digalakkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

15/04/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO