Default Banner

DBKL Tutup, Roboh, Sita, Kompaun Dalam Operasi Rumah Pelacuran

Utama / Berita & Acara / DBKL Tutup, Roboh, Sita, Kompaun Dalam Operasi Rumah Pelacuran

July 31st, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Tindakan Khas Premis (Rumah Urut/Pelacuran) Siri 9/2026 sekitar Jalan Yew dan Jalan Tun Razak, Pasar Pudu, bermula pada jam 10.00 malam Rabu 29 Julai 2026 dan berakhir pada jam 2.00 pagi pada Khamis 30 Julai 2026.

Menerusi siasatan dan risikan yang dijalankan, DBKL mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral (urut/pelacuran) di lokasi berkenaan. Hasil serbuan yang dilakukan, 3 buah premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi dan ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL mengeluarkan 3 notis kompaun ke atas 3 premis yang didapati mendirikan struktur sekatan dalaman (lot-lot bilik, tandas, katil) tanpa kelulusan dan membuat tindakan meroboh serta merta ke atas semua struktur yang dibina oleh pengendali premis-premis berkenaan di bawah Seksyen 79, Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

DBKL turut membuat tindakan sita ke atas pelbagai peralatan melibatkan kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan dan telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL bagi proses dokumentasi lanjut. DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera.

https://adukl.dbkl.gov.my/