Default Banner

DBKL Tutup, Sita, Kompaun 6 Premis Pusat Urut Dalam Operasi Bersepadu Tebah Bersama PDRM

Utama / Berita & Acara / DBKL Tutup, Sita, Kompaun 6 Premis Pusat Urut Dalam Operasi Bersepadu Tebah Bersama PDRM

March 14th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan Tindakan Operasi Bersepadu Tebah (Premis Pusat Urut) Siri 1/2026 sekitar Jalan Langkawi, Platinum Walk Danau Kota, pada Jumaat, 13 Mac 2026.

Dalam operasi bersepadu ini, DBKL bersama PDRM membuat pemeriksaan ke atas 6 buah premis perniagaan melibatkan pusat urut refleksologi, salon dan pusat kecantikan yang beroperasi tanpa lesen dan melanggar syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Hasil pemeriksaan semasa operasi bersepadu, DBKL membuat penutupan serta merta ke atas 5 buah pusat urut, mengeluarkan 5 notis kompaun dibawah kesalahan beroperasi tanpa lesen dan menggajikan pekerja warga asing tanpa kelulusan serta turut membuat 5 tindakan sita dan pindah peralatan melibatkan modem wifi, kamera litar tertutup (CCTV), monitor, video recorder dan lain-lain pelbagai peralatan.

Kesalahan diambil tindakan menerusi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Operasi bersepadu berjalan lancar dengan kerjasama PDRM dan akan diteruskan tindakan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera.

3. 651175476 1487484149606936 704627268657552225 n

3. 651354365 1487484182940266 4922979490688143586 n

3. 652313407 1487484266273591 6713589872766724612 n

3. 651903164 1487484229606928 199893986766349701 n